Kenapa kamu datang sekolah?untuk apa?
Sering kali persoalan itu dilontarkan oleh guru-guru pada anak muridnya..

Begitu juga dengan ku,sering soalan itu kudengari..
Jawapan majority pelajar2 akan menjawab: sebab nak belajar,nak tuntut ilmu..itulah jawapan umum yang diberikan..

Seperti masih belum jelas jawapan itu..belajar apa?xberapa spesifik..
Baru kini aku sedar,bahawa datang ke sekolah bukan sahaja untuk belajar dan tuntut ilmu sahaja..

Jika dikenang semula peristiwa dan kenangan manis pahit yang telah berlalu pasti akan terukir senyuman dibibir dan tentu akan dipasak rasa rindu sangat masa zaman persekolahan yang pernah di lalui…seperti ingin kembali ke zaman itu..alangkah indahnya jika dapat kembali ke zaman itu..tetapi itulah lumrah alam yang telah diatur rapi oleh Sang Pencipta Yang Maha Agung..

Jika soalan itu ditanya kembali,akan ku jawab:
Aku  datang ke sekolah untuk seronok(yang x keterlelaluan)..
Akan ku bina kenangan manis semaksimum yang mungkin kerana selepas tamat persekolahan nanti tidak akan dapat saya lalui zaman ini lagi..
Sebab apa??
Sebab nya bila kita ada suasana ceria,seronok dan gembira,barulah mood dan keselesaan pembelajaran akn lancar…itu salah satu cara belajar yang efektif..
Selain tu,kenikmatan kehidupan semasa belajar disekolah mungkin xdapat kita rasai lagi apabila umur kita semakin meningkat…contohnya bila kita sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi seperti di universiti, suasana pembelajaran sangat berbeza…bermula di sinilah kita mula berdikari membuat semua perkara…tambahan pula bila sampai masa kita masuk kealam pekerjaan….   


Lagi?selain dari seronok?
selain tu,that right la datang ke sekolah untuk belajar…tapi belajar yang macam mana?
Maksudku disini bukan semata-mata belajar tentang pelajaran sahaja..banyak benda yang dapat kita belajar..pelajar yang bijak bukan sahaja bijak dari segi akademik tapi bijak menyelesaikan sesuatu masalah di luar kotak…contohnya,aku nak kongsi pengalaman aku bersama 3 orang sahabat seperjuangan semasa di tingkatan 4….

Pada masa hujung tahun,selepas habis peperiksaan akhir tahun,cikguku(cikgu Azizi) meminta aku,Amirul,Hafizah dan Izyan menyertai satu pertandingan..nama pertandingan itu reka cipta rocket(designer of rocket)…kitaorang pun masuk la…xcakap banyak dah.. selepas nama kami didaftarkan dalam pertandingan itu,bermula lah misi kami…kami  diberi beberapa tempoh untuk siapkan design rocket itu dan slide info serta keterangan tentang rocket itu…rasa nya tempoh yg diberi 3minggu camtu la..kebetulan minggu first tu aku dengan Amirul sedang megikuti program di Alor Setar Kedah….Fizah degan Yan dah cam gelisah dah..kitarang masih relax2 lagi..masih memerah otak nak cari idea-idea yang bernas..pikir punya pikir dah nak masuk minggu ketiga dah…Alamak!Mirul cam na ni…kita xbuat apa lagi ni..aku  mula agak gelisah…sedangkan kerja buat design dan process design tu aku dengan Amirul yang kena buat..yang bahagian slide Yan dengan Fizah.. masa yang diberi semakin berganjak ke depan dan  hanya tinggal 4 hari lagi…

Ha!………. Kalau korang nak tahu di saat kritikal ini lah kitaorang mula belajar berfikir di luar kotak…belajar macamana nak selesaikan masalah ini tanpa bantuan cikgu….cikgu Azizi xboleh bantu sebab kena pegi maktab,..begitu juga dengan cikgu Basyirah(cikgu Fizik kami)..cuba bayangkan,semua nak kena handle tanpa  orang yang lebih tahu tentang projek ni…jadi pada saat kritikal itu kami cuba semaksimum mungkin berfikir di luar kotak…kami menyusun pembahagian kerja dan strategi..Syukur Allahdulillah dengan bantuan Allah,aku dengan Amirul kenal seorang Abg ni nama dia Abg Farid..pergh! dia ni kalau bab rocket memang sempoi….memang tu bidang dia…jadi aku pun call dia dan mengambil maklumat-maklumat dari dia… .dia Tanya:” kamu nak buat rocket yang macam mana?”
Aku  jawab la,”kalau boleh kitaorang nak buat yang canggih2 skit…dia pun cakap boleh ajer..pastu dia tanya lagi:”tapi bila tarikh pertandingan tu ?”ape lagi aku jawab tersangkut2 la..”err 3 hari lagi lagi je bang…”
 “la..macamana nak buat masa tinggal 3hari lagi?”kata abg Farid.. “tu la bang saya pun xtahu la…design dah buat tapi agak complicated sangat…”kataku.

Ha!!...... Kat sini juga la aku belajar lagi sesuatu yang bermakna iaitu buat benda simple tapi mantop!!…ok lepas tu abg Farid bagi cadangan yang amat bernas sekali…
“macam ni la..abg cadangkan kamu semua buat yang simple tapi penerangan tentang design yang simple ni mesti mau mantap..!insyallah,abg yakin kamu semua akan menang..”kata abg Farid..
Lepas tu aku pun bersetuju dengan apa yang dicadangkan…haih! nak kena tukar design lain la pulak…tapi kecekalan kami semua xmematahkan semangat kami semua…kami tetap berusaha untuk menang dalam pertandingan tu...sebelum tu nak tau apa design simple tu???

Design tu adalah design rocket yang menghantar stallite di angkasa sebelum sampai ISS …ketinggiannya rendah je..lebih kurang 100km dari aras laut..nama lapisan yang akan dilepaskan stallite tu adalah “Leo of orbit”..lebih kurang cam tu la,…yang tu adalah yang paling simple sekali..kata abg Farid..
Masa tinggal lagi 2hari…jadi aku dengan Amirul pun fakir,nak buat rocket ni dengan bahan apa la agaknya…tiba2 aku terfikir idea yang agak kreatif dan menarik..kitaorang terus bertindak pegi beli bahan dan terus proses…akhirnya ,siap juga bentuk rocket tu..xusah cerita macamana perasaan gembira kitaorang bila dah siap benda tu…setelah bersusah payah,akhirnya Allah mengizinkan  kami menyiapkannya juga..syukur tak terhingga kami semua…tapi Cuma tinggal penerangan  sahaja belum ready lagi..malam tu apalagi… tugas aku la nak kena bagitahu maklumat tu kat diorang….tapi aku tak kisah semua tu…janji semua yang dilakukan akn membuahkan hasilnya..




"rocket design"



Tibalah masa yang dinanti-nantikan…hari pertandingan  pun berlansung…nak tawu?masa aku dengan Amirul bawa masuk rocket kitaorang,ramai yang agak pelik tengok rocket kami…aku cakap kat Mirul: Mirul,segan ar aku..asal diorang tgk pelik jer?...”ntahla..buat xtwu dah ar”.kata Amirul dengan selamba nya..
Pengerusi majlis pun memulakan acara..sebelum tu dibuat undian untuk menetukan siapa yang akan mula dulu..alhamdilllah kami kumpulan terakhir buat pembentangan..fuh!takut dan lemah semangat pun ada bila tengok kumpulan lain buat pembentangan..hebat2..belaka..tapi aku dan kumpulan tetap bersemangat dan  tetap sabar dengan situasi yang akan berlaku..

Dan tibalah giliran kitaorang buat presentation…fuh.. berdebar-debar rasanya…first tu aku macam xyakin naj cakap secara public ni..pastu bila aku start cakap keyakinan tu datang dengan sendiri..apa lagi aku belasah terus la…aku present lepas yan dan fizah present..diorang present sempoi jugak la...alhamdulillah selesai sudah presentation kitaorang…lepas present tu juri pun Tanya beberapa soalan..alhamdulillah semua soalan yang ditanya kami dapat jawab dengan baik…kemudian juri mengira markah semua kumpulan..berdebar-debar rasanya..

Nak tahu siapa pemenangnya?
Kitaorang la…johan ”designer of rocket!”….tak sangka betul..sebab ada satu kumpulan sebelum kitaorang tu memang hebat la..diorang present speaking English plak tuh…tapi diorang dapat tempat kedua….cikgu Azizi pun xsangka dan dia berbangga dengan kejayaan kitaorang…apabila peristiwa tu berlalu,aku terkenang kembali betapa best dan rindunya aku semasa dibangku sekolah…dan bila aku pikir sejenak macamana kitaorang boleh menang dalam pertandingan tu,aku tersedar sesuatu yang selama ni aku dah  belajar banyak perkara..nak tahu apa ?

 First,aku belajar macam mana nak selesaikan sesuatu masalah diluar kotak pemikiran kita (yang secara kreatif)..maksudnya masalah ni dapat diselesaikan dalam masa yang singkat..boleh juga dimaksudkan juga sebagai critical thingking!..

Yang kedua,aku belajar bekerja secara berkumpulan….semangat berkumpulan..ini adalah salah satu factor kejayaan orang yang cemerlang….banyak rahsianya bila kita buat secara berkumpulan..
Yang ketiga aku sedar tentang suatu kekuatan dalam diri kita yang dipanggil
“High Desire”…yaitu keinginan yang kuat dan tinggi..kekuatan ini yang dapat membawa kita memecut momentum diri semaksimum mungkin ke puncak kejayaan..

Yang keempat aku belajar betapa pentingnya meletakkan sesuatu matlamat dan target
sebelum kita mencari jalan dan  melakukannya….bila kita ada target,ada matlamat,insyallah akan terbuka jalan..

last but not least,aku menyedari sesuatu yang kadang-kadang sering kita terlupa...iaitu kebergantungan kita kepada Allah…sebenarnya kejayaan kami kecapi adalah pertolongan dari-Nya..kenikmatan yang telah kami lalui bersama adalah anugerah dari-Nya …segala-galanya dan semuanya dari yang  Maha Penyanyang..mintalah kepada-Nya,insyallah Allah akan memperkenankan doa hamba-hamba-Nya..
Itulah sedikit perkongsianku mengenai tujuan datang kesekolah..dan bagaimana cara kita menyelesaikan masalah kita secara critical thingking serta kreatif ….
Aku teringat satu kata-kata motivasi yang berkaitan dengan hal ini..
“sekiranya kita mahu belajar,seisi dunia mahu menjadi guru kita”…
Jadi tujuan kita datang ke sekolah bukan sahaja untuk belajar mengenai pelajaran kita sahaja,malah berbagai benda dapat kita pelajari …jika ada orang yang berbangga dan berfikir dirinya sudah bijak dalam akadamik bahawa dia bijak semua perkara,itu adalah tanggapan yang salah…sebenarnya ilmu yang kita ada terlalu sedikit..rasanya lebih kecil dari zarah atau kuman… kita xperlu berbangga dengan ilmu yang kita perolehi..jadilah seperti padi..semakin berisi semakin tunduk…dan lebih baik dan afdhalnya kita sampaikan ilmu yang kita perolehi walaupun sedikit…
 Jadi,hargailah zaman persekolahan anda dengan sebaik-baiknya dan jadikannya sebagai kenangan yang sangat terindah dalam hidup…

kenangan masa dibangku sekolah
ni gambar kitaorang johan "designer of rocket"

Comment (1)

This comment has been removed by the author.

Post a Comment