Labels:

Dalam kitab Al-Akhlak Al-Islamiyyah lin Nasyi’in ada sebuah kisah yang indah menggetarkan jiwa.kisah ini terjadi ditanah Syam.Kisah yang banyak disebut dari mulut ke mulut hingga abad ini.

Ini adalah kisah ketaqwaan seorang pemuda.Seorang pemuda yang bekerja sebagai seorang penjual kain keliling. Beliau berkeliling dari satu kawasan ke kawasan yang lain.
Dari lorong ke lorong. Dari rumah ke rumah.Beliau berkeliling sambil memikul kain dagangannya. Akhirnya masyarakat mengenalinya sebagai Si Penjual Kain Keliling.

Di antara kelebihan pemuda ini adalah bentuk tubuhnya yang gagah.Kulitmya yang putih.Wajahnya yang mempesona. Dan keramahannya yang luar biasa. Sehingga sesiapapun yang melihatnya akan terpesona kerananya. Itulah kurnia Allah yang di anugerahkan kepadanya.

Suatu hari,ketika ia sedang berkeliling menjajakan dagangannya, tiba-tiba ada seorang wanita memanggilnya.Beliau pun segera menghampirinya.wanita itu mempelawanya masuk kedalam rumah. Rumah itu sangat mewah. Agaknya wanita itu termasuk golongan bangsawan. Sebaik saja masuk ke rumah dengan kepantasannya wanita itu boleh mengunci pintu. Wanita itu sangat terpesona dengan ketampanannya. Wanita itu telah lama tergila-gila padanya. Sudah berkali-kali dalam diam-diam wanita itu memandangi ketampanannyaketika pemuda itu lalu di depan rumahnya.

Wanita itu berkata: “Duhai pemuda tampan, sebenarnya aku memanggilmu bukan untuk membeli barang daganganmu ,tapi semata-mata kerana aku sangat mencintaimu. Selama ini aku tergila-gila pada ketampananmu.”

Pada saat itu, tak ada seorang pun di dalam rumah sekain mereka berdua. Wanita bangsawan itu dengan penuh harap merayu untuk berzina. Sang pemuda pun mengingatkannya dan menakutinya akan pedihnya siksa Allah. Namun,semuanya sia-sia belaka. Setiap perkataan yang diucapkan pemuda itu justeru membuat wanita itu semakin menggila dan nekad. Wanita itu justeru semakin teransang untuk menaklukkan pemuda itu. Namun pemuda itu tidak berganjak dengan keimanannya. Ia menolak dengan tegas.

Disebabkan sang pemuda itu tetap menolak pujukan wanita tersebut,wanita itu lantas mengancam:
“Jika kamu tidak menurut apa yang ku perintahkan, aku kan menjerit sekuat-kuatnya dan mengatakan kepada orang-orang bahawa ada orang yang masuk ke rumahku dan ingin memperkosaku. Mereka pasti mempercayai ucapanku kerana kedudukanku dan kerana kamu telah memasuki rumahku. Akibatnya kamu akan binasa. Kamu akan di anggap penjahat paling nista. Dan orang-orang itu boleh marah dan menggantungmu hidup-hidup!”


Wanita itu mengancam dengan serius. Lantas pemuda terus berfikir bagaimana mencari jalan keluar. Beliau tidak mahu maksiat tapi juga tak mahu mengalami hal yang tidak baik. Diserapahi orang ramai sebagai seorang penjahat lalu digantung tanpa ampun, sungguh hal yang sangat menyakitkan. Beberapa detik kemudian sekonyong-konyong terbitlah idea nekadnya. Terkadang tindakan nekad harus dilawan dengan nekad juga.

Sambil tersenyum beliau berkata :

“Baiklah. Bolehkah aku ke bilik mandi bersihkan tubuhku dahulu?Lihatlah tubuhku penuh dengan peluh yang baunya tidah sedap!”

Sebaik mendengar ucapannya,wanita tersebut sangat gembira kerana menyangka pemuda itu akan menuruti keinginannya dan berkata dengan hati yang meluapkan kegembiraan :

“Ooo,tentu saja boleh aduhai kekasihku dan belahan jiwaku. Sungguh ini adalah kesempatan yang luar biasa.”

Sang pemuda pun segera masuk kedalam bilik mandi. Beliau mengatakan itu tadi sekadar untuk menyelamatkan diri sesaat. Mencari tempat yang tenang untuk berfikir. Sampai di dalam bilik mandi,tubuhnya gementar kerana takut terjatuh ke lembah kemaksiatan. Sesungguhnya wanita adalah perangkap syaitan. Tidak ada seorang lelaki dan wanita yang berduaan,kecuali yang ada ketiga adalah syaitan. Demikianlah sabda nabi S.A.W.

Pemuda tersebut pasrah kepada Allah. Ya Allah, apa yang harusku lakukan pada saat ini?!berilah hambaMu petunjuk,Ya Allah. Tiba-tiba tercetus sesuatu dari fikirannya. Beliau bergumam :

“aku yakin,pasti diantara golongan yang akan mendapatkan naungan pada hari tidak ada naungan lagi di hari kiamat adalah seorang pemuda yang di ajak berzina oleh seorang wanita cantik dan berkedudukan, lalu ia mengatakan : “sesungguhnya aku takut pada Allah!”aku juga tahu bahawa orang yang meninggalkan sesuatu kerana takut pada Allah, maka Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik. Tidak sedikit orang yang menurut hawa nafsunya, maka ia akan membawa penyesalan hingga akhir hayatnya. Jika aku melakukan kemaksiatan ini,Allah akan menghilangkan cahaya dan kenikmatan dari hatiku. Duhai tuhan, tidak,tidak!sekali-kali aku tidak akan melakukannya! Tetapi apa yang perlu aku lakukan?

Apakah aku harus loncat dari tingkap? Hal itu tidaklah mungkin kerana tingkap ini terkunci sangat kuat sukar sekali membukanya. Kalau begitu aku harus melumuri tubuhku dengan kotoran. Semoga jika wanita itu melihatku seperti itu,ia akan merasa jijik lalu mengusirku.

continue..